Info Dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (2021) Di TV3

Info Dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (2021) Di TV3. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Sabarlah Duhai Hati yang bergenre romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain dan ramai lagi..

Drama Sabarlah Duhai Hati

Info Dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (2021) Di TV3

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Sabarlah Duhai Hati
Episod : 35
Tarikh Tayangan : 28 April 2021
Waktu Siaran : Isnin–Ahad, 7.00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain

 

Watak Pelakon
Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Izzue Islam sebagai Nazim
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Iman Suhana sebagai Nadia
Aiman Badrul sebagai Danish
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
Pablo Amirul sebagai Johan

 

LAGU TEMA / OST
Hanyut – Black Hanifah

 

Drama Sabarlah Duhai Hati

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama.

Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” – Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Teaser Drama Sabarlah Duhai Hati

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan.

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 28 April 2021, Isnin–Ahad, 7.00 malam selama  35 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *