Iklan Jawatan Kosong Radio Televisyen Malaysia (RTM) – 14 Jun 2019

Iklan Jawatan Kosong Radio Televisyen Malaysia (RTM) – 14 Jun 2019. Dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut..

Iklan Jawatan Kosong Radio Televisyen Malaysia (RTM) – 14 Jun 2019

Iklan Jawatan Kosong Radio Televisyen Malaysia (RTM) – 14 Jun 2019

Berikut disertakan maklumat iklan, tempat, sektor, kekosongan jawatan dan tarikh tutup jawatan..

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Tarikh Tutup > 14 Julai 2019
Lokasi > Kuala Lumpur
Sektor > Kerajaan

SYARAT DAN KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur antara 18 – 26 tahun

3. Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma.

4. Sekurang-kurangnya mendapat Kepujian bagi subjek Bahasa Melayu dalam SPM.

5. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

6. Diploma dalam bidang komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafia komunikasi, fotografi, penyiaran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KRITERIA YANG DIPERLUKAN

1. Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dalam pengacaraan, penerbitan tv, video dan radio.

2. Kreatif dan inovatif.

3. Boleh bertugas tanpa mengira waktu.

4. Mahir dengan media sosial.

5. Berpewatakan menarik.

6. Graduan baru digalakkan memohon.

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas hendaklah menghantarkan surat permohonan dan dokumen-dokumen seperti berikut :

i. Resume

ii. Salinan Kad Pengenalan

iii. Sijil Akademik (SPM/STPM/DIPLOMA)

iv. Gambar berukuran passport dan poskad.

Sila emailkan segala dokumen berkenaan ke e-mail :

sosialmediartm@gmail.com & medsoc@rtm.gov.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *